Apabila berbicara mengenai peperiksaan, masing-masing cuba membuat tanggapan pelbagai. Ada yang bertanggapan ianya positif dan ramai juga yang melihatnya dari perspektif negatif . Bagi pelajar-pelajar baik di bangku sekolah rendah, sekolah menengah bahkan di peringkat universiti sekalipun pasti "gentar" apabila mendengar kalimah keramat "EXAM". Namun kegentaran tersebut boleh ditangani dengan mudah apabila kita mengambil jalan yang betul. Pada pendapat penulis peperiksaan ini wajiblah dipandang daripada sudut positif dan bukannya dipandang sebagai satu bebanan buat kita. Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, penulis ingin mendifinisikan "peperiksaan" secara ilmiah. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-Empat, peperiksaan merujuk kepada "Ujian untuk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang". Manakala definisi Examination pula menurut Federal Chamber Dictionary merujuk kepada "Formal test of someone`s ability or knowledge". Sudah terang lagi bersuluh, tujuan peperiksaan adalah untuk menguji kecekapan dan kebolehan individu dalam sesuatu bidang. Madrasah peperiksaan sebenarnya banyak mengajar kita tentang tawakkal dan usaha dalam menuntut ilmu. Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa madrasah peperiksaan wajib dijadikan satu wadah perjuangan sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta.
"Exam Didahulukan Pencapaian Diutamakan" |
Beberapa BuLan..... "Exam Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Ramai antara kita yang mengambil langkah selamat dengan mengulang kaji pada awal untuk mengelakkan tekanan tatkala Exam mula menjemput. Namun apabila sudah usia Exam semakin dekat, maka usaha juga turut dipertingkat, hubungan dengan ALLAH juga lebih erat, study dan ulangkaji sepenuh kudrat, untuk mendapat keputusan yang gempak. Selalunya pada saat ini perkara luar(selain study) akan mula di"slow"kan dan usaha kearah Exam lebih diutamakan. Bak kata ala-ala slogan 1 Malaysia "Exam Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Beberapa MinGGu ..... "Kelekaan mengundang celaka"
Pada saat ini janganlah kita terleka kerana kelekaan pasti mengundang celaka. Paksalah dirimu bangun dua pertiga malam, menyembah Tuhan Sekalian Alam, ratapan dan iringan air mata memecah kedinginan malam. Berdoalah dengan penuh harapan, agar kita diberi kekuatan, kekuatan luaran dan juga dalaman, sebagai senjata menghadapi peperiksaan. Mohon pada ALLAH agar apa yang kita baca dapat kita ingat dengan baik. Teruskanlah berjuang.
MalaM dan Hari KeJaDiaN..... "Tawakkal je lebih, usahanya mana?"
Waktu ini adalah waktu yang paling genting buat calon-calon Exam. Yang sudah melengkapkan diri dengan segala kelengkapan perang pasti berasa bertuah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang sebaliknya?
Sudah pasti derita dan penyesalan yang berpanjangan, awal-awal masa rehat jadi keutamaan, bila masa sudah menghimpit kepada tuhan sahaja tempat bergantungan, agar apa yang dibaca semuanya dalam ingatan, ketika inilah terjadi virus "Tawakkal je lebih, usahanya mana?". Memang tidak dinafikan, tawakkal itu penting dan perlu, akan tetapi berbaloikah tawakkal tanpa usaha? Jika diikutkan tawakkal lebih daripada para sufi, tetapi usaha tidak sekali-kali. Usahlah begitu wahai teman, ayuh kita buat persiapan, sebelum masa semakin suntuk. Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan oleh pepatah, "Bila dah terhantuk baru nak terngadah".
Walaubagaimana pun, janganlah kita asyik membaca dan study sahaja sehingga tuntutan agama dibiarkan saja. Ianya perlu seiringan agar kecemerlangan dapai digapai dan menjadi milik kita. Pada saat genting ini, pada ALLAH jangan dilupa, tawakkal yang menggunung perlu diselitkan usaha, disamping berusaha jangan pula lupa berdoa. Usaha dan doa yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang setimpal!! Ingatlah Firman ALLAH: Innallaha yuhibbul mutawakkilin, Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi orang-orang yang bertawakkal.
KeSiMpuLaN
Penulis melihat peperiksaan boleh dijadikan satu "madrasah" untuk kita perbaiki hubungan diri kita dengan ALLAH S.W.T. Ini terbukti apabila ramai dalam kalangan pelajar dewasa ini yang mulai sedar akan hakikat hubungan dengan ALLAH diselangi dengan usaha maka kejayaanlah natijahnya. Semakin peperiksaan menghampiri, semakin dekat diri kita dengan ALLAH, setiap saat dan detik, setiap kali terlintas di benak fikiran akan peperiksaan maka nama ALLAH jua mengiringi bersama. Generasi sebeginilah yang kita harapkan, hubungan dengan ALLAH begitu mempan. Akhirnya, sewajarnya kita menjadikan peperiksaan sebagai satu medan@wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri, kaji dimana silap dan salah kita, kemudian perbaikilah diri untuk hari-hari mendatang. Ayuh taqarrub billah! Penulis akhiri artikel pada kali ini dengan sebuah puisi.
Saat peperiksaan sudah tiba,
hati berdebar menanti tidak terkata,
minda mula berkecamuk semena,
tidur malam tidak lagi lena,
kerana asyik memikirkan peperiksaan sahaja,
Namun begitu teman bijaksana,
kepada ALLAH pergantungan kita,
doa dan usaha jadi cagarannya,
untuk kita menempa nama,
dipersada akademik kita berjaya,
mengharumkan nama keluarga,bangsa dan negara.
*Hubungan dengan ALLAH mesti dipertingkatkan selalu, bukan time nak dekat exam je.
*Coretan ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan perkongsian maklumat dengan sahabat-sahabat
( Idea ini terdetik apabila penulis hendak menghadapi peperiksaan dulu )
Read more...