Fitrah
datang ke Mesir, masing-masing pasakkan dalam diri untuk menjadi ulama`. Naluri
sebagai sebagai seorang penuntut ilmu itu mempunyai sifat cinta dan kasih akan
ilmu itu sendiri.
Sebelum
kita meneroka lebih jauh, beberapa persoalan ingin dilontarkan untuk santapan
kita bersama. Kenapa pilih jurusan agama@medik? Kenapa datang ke Mesir? Jawapan
kepada dua soalan inilah yang akan menjadi asas kepada kita untuk terus
menongkah bahtera di bumi serba mencabar ini.
Setelah
menjawab kedua soalan diatas, kita semua bersepakat bahawasanya semuanya
memerlukan ilmu sebagai petrol yang akan menjana kenderaan kita. Ya, sebab itu
kita datang ke Mesir kerana kita dahagakan lautan ilmu tersebut.
Ilmu
sebagai prakarsa mendekatkan diri kepada ALLAH.
Allah
SWT berfirman dalam Quran yang bermaksud, Allah mengangkat darjat orang berilmu
dan beriman dalam dalam kalangan kamu dengan beberapa darjat.
Sudah
terang lagi bersuluh orang berilmu mempunyai kedudukan yang istimewa disisi
Allah SWT. Kepada siapa Allah bagi kelebihan-kelebihan kalau bukan orang
berilmu? Mereka diganjari pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang tidak
dicapai manusia biasa. Bahkan darjat mereka lebih tinggi daripada `abid (ahli
ibadah). Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله
عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد"
رواه الترمذي وابن
ماجه
Yang
bermaksud, “Seseorang yang alim itu lebih ditakuti syaitan daripada seribu
orang abid.” Hadis dikeluarkan
oleh Tarmizi dan Ibn Majah
Bergembiralah wahai penuntut ilmu sekalian. Betapa tingginya darjat kamu di sisi ALLAH.
Menuntut
ilmu itu jihad.
عن أنس
رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من خرج في طلب العلم
فهو في سبيل الله حتى يرجع"
أخرجه الترميذي
Daripada
Anas RA berkata, sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa keluar menuntut ilmu maka
dia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali.” Hadis dikeluarkan
oleh Imam Tarmizi RA
Bergembiralah
wahai penuntut ilmu sekalian, setiap langkah kita ke kuliah, kelas talaqqi
semuanya dikira sebagai jihad dijalan Allah. Berbekalkan hati yang ikhlas
belajar keranaNya nescaya Allah akan mencatatkan pahala yang tidak terkira
banyaknya!
Menuntut
ilmu adalah jambatan ke syurga
رواه
الترمذي وابن ماجه
Sabda
Rasulullah SAW : Barangsiapa yang menjalani suatu jalan yang mencari ia
didalamnya akan ilmu, maka Allah SWT memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.
Maka
kuatkan azam dan tekad untuk kita menjadi seseorang yang berilmu. Benar kata
Imam Syafie RA, Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menyuluh pembuat
maksiat. Hindarkan diri anda daripada melazimi maksiat, segera bertaubat jika berbuat, InsyaAllah kita akan jadi mukmin yang kuat.
Wallahu a`lam.
Abdullah Hussin,
Kuliah Bahasa Arab Universiti Al Azhar.
Read more...