Friday, 9 December 2011

DuGaaN DaLaM KeHiDuPaN



Dalam hidup ini,
Dugaan datang bertubi tubi,
Kadangkala tak tertahan dek jasadi,
Istighfarlah Diatas Setiap Dosa 
Yang Kamu Lakukan
Melangkai kemampuan diri,
Namun harusku tingkatkan lagi,
Potensi diri dan motivasi,
Untuk terus bangun dan berdiri,
Menerjah badai yang penuh onak duri,
Menumpaskan setiap musuh yang mendatangi,
Tanpa kenal siapa dihadapanku nanti,
Akan ku hancurkn dugaan yang melampaui,
Dengan segala keringat diri,
Di samping doa kepada ILAHI,
Tuhanku Rabbul Izzati.

Tuhanku, masa kini beredar lagi,
Setiap waktu ku menghitung hari,
Tanpa ku sedari, masa berlalu bagai berlari,
Terus melaju dan menghimpiti,
Berdoalah Agar ALLAH Memberikan 
Ketenangan Kepada mu
Bebanan amanah yg dipikuli ditanggungi,
Tuhanku, betapa beratnya ku rasai,
Menanggung amanah yang Kau beri, 
Kepimpinan dan akademik menjadi saksi,
Yang mana satu perlu ku dahului.

Betapa susahnya memilih ini,
Bagai dasar dalam ku selami,
Lautan api yang terpaksa di redahi,
Gunung yang tinggi ku daki,
Antara dua yang membayangi,
Semakin menghimpiti pula masa berlari,.
Keputusan wajib dipilih lagi,
Manakah satu yang akan ku turuti,
Adakah kemaslahatan ummat @ kepentingan diri.

Akhirnya kini ku sedari,
Keduanya perlu seiringi,
Akademik dan kepimpinan yang menjadi,
Ku Mesti, WAJIB gapai keduanya sekali.

Sajak Nukilan : ABDULLAH HUSSIN
* Sajak ini dinukil ketika berada dalam keadaan berduka cita dan dirundum kesedihan suatu masa dahulu. Saat setiap bait sajak dinukil, air mata turut sama mengalir memahami. 

Read more...

Thursday, 8 December 2011

Luahan Iman

Wahai Tuhanku,
Aku memulakan kalam ucapan ku ini,
Disamping unggas-unggas kian galak menari,
Dalam kesejukan malam daku mencoretkan puisi,
Ku lihat ke langit gelap gelita,
Menyebabkan hati gundah gelana,
Namun seketika datangnya bintang penyeri suasana,
Begitu indahnya bulan ciptaan Yang Esa,
Terus memancarkan sinar mentari senja,
Dengan Iradat dan Qudrat Mu Ya ALLAH.

Tuhanku,
Segala puji bagi Mu,
Tuhan sekalian alam dunia,
Dikau ciptakan segalanya,
Tanpa kebergantungan kepada apa-apa,
teknologi sains mahupun manusia,
Dikau adalah tuhan buat ummat semua.

Tuhanku,
Betapa sedihnya daku berasa,
bila ummat kini mula lupa dan alpa,
ketaatan kepadaMu dibiarkan begitu sahaja,
mereka yang menegur pula dihina,
dicaci,dimaki semberono sahaja,
tanpa mereka mengetahui bahawa Engkau telah murka,
Dalam kejahilan mereka terus berkelana,
tiada arah yang jelas tanpa paksi yang nyata,
Mereka tenggelam dalam maksiat yang menyelubungi jiwa,
terus lemas ke dasar kejahilan yang membabi buta,
lalu ku terfikir semena-mena,
adakah sama mereka tenggelam ke dalam api Neraka sana?

Tuhanku,
ku tadahkan tangan hadapkan wajah,
agar kami semua diberi hidayah,
semoga kehidupan kami di bawah taufiq dan maghfirah,
biarkan kejahilan ummah berubah,
daripada golongan `asi(pendosa) yang rebah,
kepada para solehin yang sentiasa beribadah,
Ku hamparkan sujud buatMu Ya ALLAH,
begitu doaku mengharapkan ummat kembali,
kejalan yang hakiki dan diredhai.

Tuhanku,
Ku berjalan merentasi onak,
betapa jerihnya dan lelah bermain di benak,
setiap keperitan pastinya menemui kesenangan,
saat itu gembira dirasa kebahagiaan menimpa,
kerana tiada dirasa nikmatnya kesejukan
tanpa panas yang terlebih dahulu menempa,
ku pohon doa kehadapanmu Tuhan,
agar ditetapkan iman didada,
diperteguhkan aqidah dijiwa,
agar namaMu sentiasa diminda,
KebesaranMu infiniti disemat di dalam nurani.
Read more...

Thursday, 24 November 2011

Madrasah Peperiksaan : 1 Wadah Perjuangan


Apabila berbicara mengenai peperiksaan, masing-masing cuba membuat tanggapan pelbagai. Ada yang bertanggapan ianya positif dan ramai juga yang melihatnya dari perspektif negatif . Bagi pelajar-pelajar baik di bangku sekolah rendah, sekolah menengah bahkan di peringkat universiti sekalipun pasti "gentar" apabila mendengar kalimah keramat "EXAM". Namun kegentaran tersebut boleh ditangani dengan mudah apabila kita mengambil jalan yang betul. Pada pendapat penulis  peperiksaan ini wajiblah dipandang daripada sudut positif dan bukannya dipandang sebagai satu bebanan buat kita. Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, penulis ingin mendifinisikan "peperiksaan" secara ilmiah. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-Empat, peperiksaan merujuk kepada "Ujian untuk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang". Manakala definisi Examination pula menurut Federal Chamber Dictionary merujuk kepada  "Formal test of someone`s ability or knowledge". Sudah terang lagi bersuluh, tujuan peperiksaan adalah untuk menguji kecekapan dan kebolehan individu dalam sesuatu bidang. Madrasah peperiksaan sebenarnya banyak mengajar kita tentang tawakkal dan usaha dalam menuntut ilmu. Tidak keterlaluan jika penulis  katakan bahawa  madrasah peperiksaan wajib dijadikan satu wadah perjuangan sekaligus dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

"Exam Didahulukan
Pencapaian Diutamakan"


Beberapa BuLan..... "Exam Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Ramai antara kita yang mengambil langkah selamat dengan mengulang kaji pada awal untuk mengelakkan tekanan tatkala Exam mula menjemput. Namun apabila sudah usia Exam semakin dekat, maka usaha juga turut dipertingkat, hubungan dengan ALLAH juga lebih erat, study dan ulangkaji sepenuh kudrat, untuk mendapat keputusan yang gempak. Selalunya pada saat ini perkara luar(selain study) akan mula di"slow"kan dan usaha kearah Exam lebih diutamakan. Bak kata ala-ala slogan 1 Malaysia "Exam Didahulukan Pencapaian Diutamakan".






Beberapa MinGGu ..... "Kelekaan mengundang celaka"
Pada saat ini  janganlah kita terleka kerana kelekaan  pasti mengundang celaka. Paksalah dirimu bangun dua pertiga malam, menyembah Tuhan Sekalian Alam, ratapan dan iringan air mata memecah kedinginan malam. Berdoalah dengan penuh harapan, agar kita diberi kekuatan, kekuatan luaran dan juga dalaman, sebagai senjata menghadapi peperiksaan. Mohon pada ALLAH agar apa yang kita baca dapat kita ingat dengan baik. Teruskanlah  berjuang.


MalaM dan Hari KeJaDiaN..... "Tawakkal je lebih, usahanya mana?"
Waktu ini adalah waktu yang paling genting buat calon-calon Exam. Yang sudah melengkapkan diri dengan segala kelengkapan perang pasti berasa bertuah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang sebaliknya?
Sudah pasti derita dan penyesalan yang berpanjangan, awal-awal masa rehat jadi keutamaan, bila masa sudah menghimpit kepada tuhan sahaja tempat bergantungan, agar apa yang dibaca semuanya dalam ingatan, ketika inilah terjadi virus "Tawakkal je lebih, usahanya mana?". Memang tidak dinafikan, tawakkal itu penting dan perlu, akan tetapi berbaloikah tawakkal tanpa usaha? Jika diikutkan tawakkal lebih daripada para sufi, tetapi usaha tidak sekali-kali. Usahlah begitu wahai teman, ayuh kita buat persiapan, sebelum masa semakin suntuk. Janganlah kita menjadi seperti apa yang digambarkan oleh pepatah, "Bila dah terhantuk baru nak terngadah".
Walaubagaimana pun, janganlah kita asyik membaca dan study sahaja sehingga tuntutan agama dibiarkan saja. Ianya perlu seiringan agar kecemerlangan dapai digapai dan menjadi milik kita. Pada saat genting ini, pada ALLAH jangan dilupa, tawakkal yang menggunung perlu diselitkan usaha, disamping berusaha jangan pula lupa berdoa. Usaha dan doa yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang setimpal!! Ingatlah Firman ALLAH: Innallaha yuhibbul mutawakkilin, Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi orang-orang yang bertawakkal.


KeSiMpuLaN
Penulis melihat peperiksaan boleh dijadikan satu "madrasah" untuk kita perbaiki hubungan diri kita dengan ALLAH S.W.T. Ini terbukti apabila ramai dalam kalangan pelajar dewasa ini yang mulai sedar akan hakikat hubungan dengan ALLAH diselangi dengan usaha maka kejayaanlah natijahnya. Semakin peperiksaan menghampiri, semakin dekat diri kita dengan ALLAH, setiap saat dan detik, setiap kali terlintas di benak fikiran akan peperiksaan maka nama ALLAH jua mengiringi bersama. Generasi sebeginilah yang kita harapkan, hubungan dengan ALLAH begitu mempan. Akhirnya, sewajarnya kita menjadikan peperiksaan sebagai satu medan@wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri kepada ALLAH. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri, kaji dimana silap dan salah kita, kemudian perbaikilah diri untuk hari-hari mendatang. Ayuh taqarrub billah! Penulis akhiri artikel pada kali ini dengan sebuah puisi.

Saat peperiksaan sudah tiba,
hati berdebar menanti tidak terkata,
minda mula berkecamuk semena,
tidur malam tidak lagi lena,
kerana asyik memikirkan peperiksaan sahaja,
Namun begitu teman bijaksana,
kepada ALLAH pergantungan kita,
doa dan usaha jadi cagarannya,
untuk kita menempa nama,
dipersada akademik kita berjaya,
mengharumkan nama keluarga,bangsa dan negara.


*Hubungan dengan ALLAH mesti dipertingkatkan selalu, bukan time nak dekat exam je.
*Coretan ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan perkongsian maklumat dengan sahabat-sahabat
  ( Idea ini terdetik apabila penulis hendak menghadapi peperiksaan dulu )



Read more...

Saturday, 19 November 2011

UnTuK-Mu SaHaBaT

Sahabat,
Dikau hadir dikala aku kesunyian,
sepi tanpa kata,menderita siksa,
saat daku mula dirundum pilu,
sedih menyelubungi kabus minda ini,
dikau tetap disisi menemani,
tanpa kenal letih jasmani,
dikau terus saja menasihati,
agar dikuatkan keteguhan imani,
diteruskan jua perjuangan ini,
walaupun dirimu tersiksa jasadi.

Sahabat,
Alur kesetiaanmu membuahkan nasihat,
tidak letih mengalurkan kalimah keramat,
ayat suci nan indah mula disemat,
saat itulah ukhwah mula membugar bersemangat.

Sahabat,
Betapa rindunya jiwa ini,
tika ketiadaan mu disisi,
wajahmu ku terbayang menanti,
bilakah kita bersua kembali,
kerana saat itu kini,
begitu bermakna untuk dihayati.

Sahabat,
begitu indahnya kita bertamu,
bagai pepohon mula merimbun merindu,
menyanyikan lagu kedamaian nan syahdu,
dedaunan mula memanggil namamu ,
dikau terus menyahut tanpa jemu,
DAN ingatlah saat mana kita bertemu,
jiwa di ufuk penantian & hati pula merindu,
apabila mata bertentang mata,
lidah kelu tak terkata,
hati berdebar merancakkan suasana,
iringan air mata turut mengalir sama,
tanda rindunya jiwa.......

KhAs BuAt-Mu SaHaBaTku
Read more...

Tuesday, 15 November 2011

Mohon doa sahabat dan teman sekalian




Assalamualaikum sahabat-sahabat se-Islamku.. Kali pertama melangkah ke dunia penulisan semestinya saat yang membahagiakan buatku. Disaat lidah mula berbicara, jari jemari sudah menyusun kata, otak mula berfungsi geliga, hati pula was-was menerima. Tanya pada hati, adakah KEMULIAAN yang dipinta, ataupun pujian semata-mata. Secebis rasa inilah yang menyelubungi jiwa, menghantui pemikiran.  Tidak!! Bukan itu yang di harapkannya, cuma itu sekelumit perasaan yang menjatuhkan kita, menjadikan ujub dan takabbur mula terbina. Menulis bukan kerana dunia, dan akhirat sana lebih utama. Mohon iringan doa sahabat-sahabat agar hati ini tidak terlena, dalam menyebarkan ISLAM tercinta, meneruskan perjuangan BAGINDA S.A.W, menjejak sirah sahabat-sahabat yang agung di samping-NYA. Daku membisikkan pada hati agar kita semua di tetapkan IMAN di dada, di thabatkan ISLAM di jiwa, SeMoGa InDaH BerTeMu-NYA. ameen.. InsyaALLAH
Read more...