Wahai Tuhanku,
Aku memulakan kalam ucapan ku ini,
Disamping unggas-unggas kian galak menari,
Dalam kesejukan malam daku mencoretkan puisi,
Ku lihat ke langit gelap gelita,
Menyebabkan hati gundah gelana,
Namun seketika datangnya bintang penyeri suasana,
Begitu indahnya bulan ciptaan Yang Esa,
Terus memancarkan sinar mentari senja,
Dengan Iradat dan Qudrat Mu Ya ALLAH.
Tuhanku,
Segala puji bagi Mu,
Tuhan sekalian alam dunia,
Dikau ciptakan segalanya,
Tanpa kebergantungan kepada apa-apa,
teknologi sains mahupun manusia,
Dikau adalah tuhan buat ummat semua.
Tuhanku,
Betapa sedihnya daku berasa,
bila ummat kini mula lupa dan alpa,
ketaatan kepadaMu dibiarkan begitu sahaja,
mereka yang menegur pula dihina,
dicaci,dimaki semberono sahaja,
tanpa mereka mengetahui bahawa Engkau telah murka,
Dalam kejahilan mereka terus berkelana,
tiada arah yang jelas tanpa paksi yang nyata,
Mereka tenggelam dalam maksiat yang menyelubungi jiwa,
terus lemas ke dasar kejahilan yang membabi buta,
lalu ku terfikir semena-mena,
adakah sama mereka tenggelam ke dalam api Neraka sana?
Tuhanku,
ku tadahkan tangan hadapkan wajah,
agar kami semua diberi hidayah,
semoga kehidupan kami di bawah taufiq dan maghfirah,
biarkan kejahilan ummah berubah,
daripada golongan `asi(pendosa) yang rebah,
kepada para solehin yang sentiasa beribadah,
Ku hamparkan sujud buatMu Ya ALLAH,
begitu doaku mengharapkan ummat kembali,
kejalan yang hakiki dan diredhai.
Tuhanku,
Ku berjalan merentasi onak,
betapa jerihnya dan lelah bermain di benak,
setiap keperitan pastinya menemui kesenangan,
saat itu gembira dirasa kebahagiaan menimpa,
kerana tiada dirasa nikmatnya kesejukan
tanpa panas yang terlebih dahulu menempa,
ku pohon doa kehadapanmu Tuhan,
agar ditetapkan iman didada,
diperteguhkan aqidah dijiwa,
agar namaMu sentiasa diminda,
KebesaranMu infiniti disemat di dalam nurani.
No comments:
Post a Comment