Imam
Ghazali memberikan tips kepada kita untuk memilih sahabat. Sahabat disini
merujuk kepada orang yang paling dekat dengan kita. Adapun untuk berkawan, kita
bebas untuk berkawan dengan siapa sahaja selagi mana kita mampu kawal diri
daripada terjebak dengan perangai mereka. Dalam Kitab Ihya` Ulumuddin disebut
tips untuk memilih sahabat iaitu bijak, berakhlak baik, bukanlah orang fasiq
dan tidak terlalu mencintai dunia.
Sahabat yang bijak membolehkan kita
menumpang kepintaran dan kebijaksaannya. Sahabat yang berakhlak pula membimbing
kita untuk turut sama berakhlak baik seperti mereka. Kemudian, bagi orang fasiq
pula tiada manfaat bersahabat dengan mereka kerana orang yang takutkan Allah
tidak akan melakukan dosa besar.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 28 yang bermaksud, “Janganlah kamu mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula melampaui batas kebenaran.”
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 28 yang bermaksud, “Janganlah kamu mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula melampaui batas kebenaran.”
Seorang lelaki pernah berpesan
kepada Saidina Ali, “Sesungguhnya sahabat kamu yang sejati adalah orang yang
sentiasa bersama kamu ketika senang mahupun susah. Dan dia sanggup mengorbankan
dirinya demi kebahagiaan kamu.”
Sahabat
Yang Baik Menurut Hadis
Sahabat yang baik mendekatkan kita kepada Allah |
Dalam satu ketika Rasulullah s.a.w. ditanya oleh
para sahabat, "Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan
sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia
adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah
s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita
alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".
Kemudian sahabat bertanya lagi,"Apakah
pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?" Baginda s.a.w. membalas (dengan
maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa
kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa
dalam dosa dan maksiat."
Sudah terang lagi bersuluh, kalam
Baginda kalam keramat menjadi pedoman berguna kepada kita selaku ummatnya untuk
memilih sahabat yang baik. Ada sahabat yang bilamana kita memandangnya, lantas
teringat akan Allah. Setiap bait tutur kata yang dilontarkan menyebabkan hati
kita teruja untuk terus bertaqwa kepada Allah.
Sahabat
Sentiasa Bersama Kita
Tatkala
kita dirundum kesedihan dan kepiluan, kata-kata beliau menjadi pemangkin
semangat untuk kita terus berbahagia. Saat mana kita lemah dalam perjuangan,
beliau meniupkan api semangat perjuangan yang takkan pernah padam. Bilamana
kita melakukan maksiat dan alpa, dia ingatkan. Ini semua adalah natijah dan
kelebihan kita memiliki sahabat yang baik.
Manakala seorang kawan biasa, kerana dialah kita dirundum pilu
ditimpa masalah. Saat kita lemah dalam perjuangan, pasti ada kata-kata yang
dihemburkan. Katanya, “Bagaimana nak berjuang kalau lembik begini, cakap je
lebih.” Saat hati kita lalai dan kita terjatuh dalam lembah maksiat, dia terus
juga mengumpat kepada kita. “Katanya seorang pejuang, tapi subuh dinasour.”
Inilah bahana kita silap memilih teman.
Sahabat yang baik pastinya akan menyokong apa sahaja kebaikan yang
kita lakukan. Sokongannya pula tidak berbelah bahagi menyebabkan kita lebih
seronok bekerja. Sahabat ini tidak mengenal erti penat lelah bersama kita, baik
kita berada diatas mahupun dibawah.
Ciri-ciri
Sahabat Yang Baik Menurut Imam Ghazali.
- Jika kau
berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.
- Jika
engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas
balik persahabatanmu itu.
- Jika engkau
memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu sepenuh
kemampuannya.
- Jika
engkau tawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan
baik.
- Jika dia
memperolehi kebaikan daripadamu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
- Jikad ia
melihat aib kamu, maka dia akan berusaha menutupinya.
- Jika
engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya
dengan sungguh-sungguh.
- Jika
engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan bertanyakan
kesulitan yang kamu hadapi.
- Jika
bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk
meringankan kesusahanmu itu.
- Jika
engkau berkata benar kepadanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
- Jika
engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan
membantu rencana itu.
- Jika kamu
berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan
lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan ini.
Justeru
pilih sahabat yang baik kerana sahabat yang baik akan menuntun kita menuju
syurga Allah. Carilah sahabat yang baik, bilamana kamu sudah dapatinya, maka
sayangilah dia kerana dia juga menyayangimu kerana Allah. Bersahabat di dunia,
berjiran di syurga.
Wallahu
a`lam.
Abdullah Bin Hussin
Kuliah Bahasa Arab,
Universiti Al Azhar Kaherah.
*Artikel ini pernah dikeluarkan dalam Fajar Jumaat,
Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir pada
28 Mac 2014
No comments:
Post a Comment