Kali ini saya ingin mengupas mengenai kelebihan solat berjemaah daripada beberapa sudut. Antaranya sudut
kemasyarakatan, kesihatan, budaya hidup mahasiswa, dan pastinya ganjaran yang
dijanjikan Allah menerusi hadis Rasulullah saw.
Firman Allah : إِنَّ
الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا (Surah An Nisa ayat 103)
Lambang Kesatuan Umat
Solat berjemaah adalah aspek yang sangat
dititik beratkan dalam islam. Ia adalah lambang sebuah keutuhan dan kekuatan
ummat islam itu sendiri. Orang Kristian berbangga mereka berkumpul setiap
minggu untuk menjalankan ritual ibadah mereka. Namun ketahuilah, kita lebih
hebat kerana kita berkumpul lima kali sehari sedang mereka hanya sekali
seminggu.
Sebaik
sahaja mendengar seruan azan, umat islam dari seceruk penjuru datang ke rumah
Allah dengan satu tujuan yang sama iaitu menyembah Tuhan Sekalian Alam.
Semuanya datang dengan matlamat sama bahkan melakukan perbuatan yang sama
semuanya. Adanya rukun qauli dan fe`li semuanya dibuat melihatkan kebersamaan
dan kekuatan umat islam. Tambahan pula adanya Imam yang mengetuai jemaah dan
makmum yang mengikuti perbuatan imam. Inilah lambang sebuah kesatuan yang tidak
ada tolak bandingnya.
Kelebihan solat berjemaah dari sudut
kesihatan
Sebuah
kajian yang dilakukan oleh seorang professor di Amerika Syarikat mendapati dalam tubuh
manusia ada cas positif dan cas negatif. Cas positif membekalkan tenaga dan
kekuatan kepada badan manakala cas begatif menyebabkan badan terasa lemah dan
tidak bermaya. Apatah lagi jika badan aktif dan membuat pekerjaan berat, maka
cas negatif akan banyak dalam tubuh badan kita.
Sebagai
contoh, setelah bangun tidur cas positif lebih banyak kerana tubuh kita telah
mendapat rehat yang secukupnya. Manakala pada waktu tengah hari tubuh kita
lemah kerana telah banyak melakukan pekerjaan sekaligus cas negatif banyak
dalam badan kita.
Hikmah
solat berjemaah adalah dapat mengembalikan tenaga melalui pertukaran cas
daripada negatif kepada positif. Bukankah semasa solat berjemaah kita merapatkan
saff sehingga bahu bertemu bahu. Pertukaran cas negatif kepada positif berlaku
semasa kita merapatkan saf bilamana bahu bertemu bahu dan sebagainya. Alangkah
indahnya islam mengajarkan kita hikmah solat berjemaah.
Selain itu di Malaysia Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, Profesor Wan Abu Bakar dan Ng Siew Cheok merupakan perintis yang mengkaji kesan solat terhadap kesihatan manusia. Hal ini dikaji berdasarkan pergerakan otot, isyarat otak dan gelombang otak. Baca selanjutnya disini.
Peranan terhadap Mahasiswa
Solat
berjemaah sebenarnya melatih kita agar iltizam dengan waktu. Dengan solat
berjemaah pada setiap waktu mengajarkan kita untuk mengurus waktu dengan baik.
Kata seorang syeikh, “Solat berjemaah melatih kamu bagaimana cara mengurus
waktu, maka mereka yang solat berjemaah kamu akan lihat urusannya seharian
tersusun.”
Waktu adalah perkara
yang paling berharga dalam hidup mahasiswa. Tambahan pula ketika muda inilah
jasad kuat, minda hebat. Jika kita tersilap isi masa dengan perkara yang tidak
berfaedah itu sebenarnya berpunca daripada kelalaian kita kita menjaga solat
berjemaah.
Kelebihan solat berjemaah menurut Hadis
Rasulullah saw.
1 Pahala berlipat kali ganda.
عن عبد الله لبن عمر رضي الله عنه, أن رسول الله
صلى الله عليه وسلم قال "صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة"
Muwatho` Imam Malik.
Maksudnya : Solat berjemaah lebih baik
daripada solat sendirian dengan 27 kali ganda.
Allah mengampuni dosanya.
(2عن عثمان رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى
الله عليه وسلم يقول : "من توضأ فأسبغ الوضوء, ثم مشى إلى صلاة مكتوبة فصلاها
مع الإمام غفر له ذنبه"
Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Kitab
Sohihnya,
Bermaksud: Sesiapa
yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna
kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun solat
bersama imam maka Allah mengampunkan dosa-dosanya.
Kesimpulannya, solat berjemaah memainkan peranan penting dalam diari hidup
seseorang mahasiswa. Mahasiswa yang sentiasa menjaga solat pasti hidupnya
diberkati dan termasuk dalam golongan yang mendapat bayangan arasy Allah di
Hari Akhirat kelak. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis yang masyhur,
tujuh golongan yang dijanjikan bayangan arasy Allah di Hari Kiamat antaranya
pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.
Semoga Allah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa terikat hati dengan
masjid dan majlis ilmu. Wallahu a`lam.
Abdullah bin Hussin
Kuliah Bahasa Arab, Kaherah.
No comments:
Post a Comment